Jun 2, 2013

Fiqh Sholat (Q & A) Part 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

{Fiqh Sholat (Q & A) - Mana Dahulu? Takbir atau Angkat Tangan}
---------------------------------------------------------------------------

Q: Dalam takbiratul ihram, bila masa nak angkat tangannya? Sebelum takbir? Selepas takbir? Ke serentak dengan takbir?

~al-Jawab:

- Ada 3 pendapat dalam hal ini.

1) Mengangkat tangan serentak dengan takbir.

---> Ini menurut Syafi'iyyah & Malikiyyah.

2) Mengangkat tangan sebelum takbir.

---> Ini menurut Hanafiyyah & 1 pendapat daripada Syafi'iyyah.

3) Bertakbir terlebih dahulu kemudian mengangkat tangan.

---> Pendapat sebahagian ulama' Hanafiyyah.

Kesimpulan: Ketiga-tiga cara boleh digunapakai kerana semuanya berdalilkan hadith-hadith shahih. Semuanya pernah dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ.

Wallahu Ta'ala A'lam





{Fiqh Sholat (Q & A) - Ukuran Tinggi Kedua Tangan Semasa Takbiratul Ihram}
------------------------------------------------------------------------------------------

Q: Apakah ukuran tinggi kedua tangan yang diangkat semasa bertakbiratul ihram?

~al-Jawab:

- Sifat mengangkat tangan Nabi ﷺ ketika takbiratul ihram itu hanya ada 2 bentuk:

1) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang / sejajar dengan 2 bahu.

2) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang/ sejajar dengan 2 telinga.

- Dan menurut Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala akan sifat mengangkat tangan yang masyhur di dalam Mazhab Syafi'i & mazhab mazhab majorti ulama' bahawa Baginda ﷺ mengangkat kedua tangannya sejajar bahu Baginda, di mana hujung-hujung jarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, kedua-dua ibu jari sejajar kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua telapak tangannya sejajar dengan bahu. [1]

----> Maka, penjelasan Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala ini merupakan penyatuan antara 2 riwayat yang menceritakan sifat takbiratul ihram Baginda ﷺ.

- Adapun ini khilaf tanawwu' iaitu kepelbagaian, bukan percanggahan. Maka, seseorang boleh memilih salah satu dari cara yang ada.

Wallahu Ta'ala A'lam

***

P/s - Ana hanyalah menyampaikan bukanya mengajar . Semoga bermanfaat :)

---

Referensi:

[1] = Kitab al-Minhaj 





Kredit : USIF



No comments:

Post a Comment