Jun 5, 2013

Israk Mikraj

Di bawah ialah perincian tentang peristiwa mukjizat yang dirawikan oleh authoriti Ibn-Al-Qayyim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Jasad Pesuruh ALLAH s.a.w dibawa dari Masjid Suci di Makkah ke sebuah masjid jauh di Baitulmuqaddis menaiki Al-Buraq dengan ditemani malaikat Jibril. Tiba di sana Jibril turun menambatkan haiwan itu lalu mohon memasuki masjid dan seterusnya membawa Nabi bersolat. Selepas itu Jibril membawa Baginda menaiki langit dengan menunggang haiwan yang sama.

Apabila tiba di langit pertama Jibril meminta malaikat yang mengawal pintu langit agar membukanya. Apabila pintu langit terbuka kelihatan Nabi Adam, moyang seluruh manusia. Nabi s.a.w memberi salam dan Adam pun mengalu ketibaanya serta melahirkan kepercayaan kepada Kerasulan Muhammad. Baginda pula menyaksikan roh para syuhada di sebelah kanan dan mereka yang sengsara di sebelah kirinya.

Jibril dan Nabi naik selapis lagi langit kedua, dan apabila pintu besar terbuka kelihatan Nabi Yahya putera Zakaria, terus Baginda memberi salam. Isa anak Maryam juga berada di langit yang sama. Mereka berbalas-balas salam dan mengalu kedatanganya dan percaya kepada Kerasulan Baginda.

Ketika di langit ketiga mereka bertemu Nabi Yusuf lalu berbalas-balas salam serta mengalu-alu dan beriman kepada Kenabian Baginda.

Di langit keempat masih bersama Jibril, bertemu Baginda dengan Nabi Yunus, juga menyatakan imanya kepada Kenabian Baginda.

Lapisan langit kelima mereka dialu-alu oleh Nabi Harun yang juga menyatakan keimanan kepada Kenabian Muhammad.

Pada langit keenam, Baginda disambut Musa dan seperti Nabi-Nabi lain dia juga beriman kepada Baginda. Ketika  hendak meninggalkan tempat itu, Nabi Muhammad s.a.w ternampak Musa menangis. Bila ditanya mengapa menangis, Musa memberitahunya sebab menangis kerana lelaki yang diturunkan selepasnya sebagai Pesuruh Allah dapat membimbing begitu ramai pengikut untuk masuk ke Syurga berbanding denganya.

Di langit ketujuh Baginda berjumpa pula Nabi Ibrahim dan mereka berbalas-balas salam serta menyatakan imanya terhadap Kerasulan Baginda.

Dari situ Baginda dibawa ke Sidrat-al-Muntaha (pokok syurga) dan ditunjukkan Al-Bait-al-Ma'mur, rumah berbentuk Kaabah yang ramai penghuninya terdiri daripada para malaikat setiap hari seramai 70 000 dan kesemua malaikat khusyuk beribadat dan tidak berpaling ke mana-mana sehinga Hari Kiamat.

Baginda dibawa ke hadapan Allah s.w.t dan mengalamai kebesaran dan segala manifestasi ketuhanan secara dekat. Ketika di sini Allah menurunkan perintah kepada hambaNYA untuk melakukan ibadat solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Ketika dalam perjalanan pulang ke bumi, Baginda bertemu sekali lagi Nabi Musa dan memberitahunya akan perintah solat sebanyak 50 kali sehari semalam oleh Allah s.w.t. Lantas Musa berkata kepada Nabi s.a.w "Kembalilah tuan hamba mengadap Tuhan dan mohon untuk dikurangkan bilangan solat itu kerana aku yakin umatmu tidak berdaya melakukanya."  Nabi s.a.w berpaling kepada Jibril untuk mendapat pandanganya, lalu Jibril mengganggukkan kepalanya: "Ya, kalau anda perlukan", dan naiklah mereka menemui yang Maha Kuasa.

Dengan ihsan Allah, bilangan solat dikurangkan sepuluh dan ketika turun semula Baginda memaklumkan kepada Musa sekali lagi. Musa masih menegaskan bahawa bilangan itu masih berat untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.  Nabi s.a.w. naik semula menghadap Allah mohon dikurangkan; demikianlah berkali-kali turun naik untuk memohon dikurangkan solat sehari semalam sehingga tinggal 5 kali sehari seperti sekarang.

Tetapi Musa masih menggesa agar Nabi memohon kepada Allah untuk dikurangkan , lalu Baginda berkata
Aku terasa malu untuk memohon berkali-kali dikurangkan solat itu, aku terimalah dan patuh kepada kehendak Allah."

Ketika pulang Nabi Muhammad s.a.w terdengar satu panggilan berbunyi : "Aku telah menyempurnakan SuruhanKu dan mengurangkan beban ke atas hambaKu."

Ada perbezaan pendapat mengenai isu sama ada Baginda melihat Allah dengan mata kepalanya atau bagaimana. Setengah ahli pentafsir mengatakan bahawa melihat Allah dengan mata kasar tidak dapat disahkan. Wallahu a'lam. Semoga kita tetap beriman dengan peristiwa ini.

Beberapa keistimewaan menunjukkan peristiwa Perjalanan Malam Nabi adalah seperti berikut:

1) Dada Nabi dibedah Jibril, hatinya dikeluar dan dibasuh dengan Zamzam, mata air suci Makkah.

2) Dalam konteks yang sama, dua buah tempayan emas dibawa kepadanya- satu berisi susu dan sebuah lagi penuh dengan arak anggur. Baginda diminta memilih salah satu , dan Baginda memilih tempayan berisi susu dan terus diminum.

Kata Jibril "Tuan hamba dipandu oleh Al-Fitrah atau anda telah mencapai Al-Fitrah. Kiranya tuan hamba memilih arak anggur bermakna umatmu mendapat panduan yang salah."

3) Nabi menceritakan bahawa Baginda ternampak penjelmaan 2 batang sungai - Nil dan Euphrates - dan 2 batang sungai lagi terlindung penjelmaan 2 batang sungai Nil dan Euphrates melambangkan lembah subur di mana Mesej Muhammad akan menetap dan penduduknya akan sentiasa berpegang kuat kepada Islam, diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

4) Baginda juga sempat melihat Malik, pengawal neraka dengan wajah garang. di situ dia nampak penghuni neraka terdiri daripada mereka yang makan harta anak yatim, menelan batu bara api dan keluar semula dari belakang. Juga terdapat orang yang mengamalkan riba di mana perut mereka membusung terlalu besar dan sukar untuk bergerak, berpijak-pijakan sama seperti rakyat Firaun yang disumbatkan ke dalam neraka. Di sudut yang sama, Baginda melihat melihat para penzina memakan daging busuk, juga perempuan yang curang bergantungan pada buah dada mereka.

5)  "Perjalanan Malam" menimbulkan gempar dalam kalangan orang ramai dan sangsi, justeru melemparkan berbagai soalan kepada Baginda. Baginda memaklumkan bahawa dia nampak kafilah unta saudagar Makkah berulang alik. Baginda juga memandu setengah unta yang sesat kepada tuannya. Juga, memberitahu bahawa dia meminum bekalan air ketika mereka sedang nyenyak tidur dan menutup semula mangkuk air itu.

Orang kafir tidak percaya malah mengambil peluang mengejek-ngejekanya dan akidah mereka. Mereka menghujani pertanyaan kepada Nabi berkenaan gambaran Masjid Baitulmuqaddis padahal mereka sendiri tidak pernah melihat. Tetapi jawapan Baginda mengkagumkan mereka kerana apa yang digambarkanya tepat sekali. Baginda memberi maklumat mengenai perjalanan kafilah dan laluan diikuti unta. Tetapi semua ini menambahkan dusta mereka dan menolak kebenaran dan kekal mereka dengan sikap demikian.

Orang-orang kafir cuba melakukan sesuatu dengan bertemu Abu Bakar tentang peristiwa ini dan dia sedia menjawab: "Ya, aku sesungguhnya mengesahkanya" . Dengan peristiwa ini dia mendapat gelaran As-Siddiq (pengesah kebenaran).

Wallahu a'lam

sumber : Cahaya Abadi




Jun 4, 2013

Kenapa Solat itu tiang agama?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Kenapa Solat itu tiang agama?
Rukun Islam ada 5 iaitu:
✓ Mengucap dua kalimah syahadah
✓ Menunaikan solat fardu lima waktu
✓ Berpuasa pada bulan Ramadan
✓ Membayar zakat
✓ Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Huraian:
Solat dipilih menjadi tiang agama kerana
1) Di dalam solat terdapat syahadah yakni rukun Islam yang pertama. Tanpa syahadah, solat tidak sah.
2) Dalam solat itu terdapat rukun Islam yang ke-2 iaitu solat itu sendiri.
3) Di dalam solat itu terdapat rukun Islam yang ke-3 iaitu zakat. Zakat itu maknanya suci. Bermaknya sebelum solat kita kena sucikan diri kita daripada hadas kecil, hadas besar. Kemudian kita berwudhu'. Dalam pada masa yang sama kita kena sucikan hati kita dari sebarang kejahatan, sifat mazmumah,sangka buruk, was2 dari syaitan dan sebagainya. Itu maksudnya zakat. Dalam solat, kita kena sucikan zahir batin kita.
4) Di dalam solat terdapat rukun Islam yang ke-4 iaitu puasa. Puasa itu menahan diri. Dalam solat tidak boleh makan, tidak boleh minum. Dalam solat kita kena jaga mata kita, begitu juga dengan perbuatan kita dalam solat, kita menahan diri dari melakukan yang macam2.
5) Rukun Islam yang ke-5 iaitu Haji. Salah satu perbuatan haji ialah tawaf di Kaabah. Dalam solat kita juga menghadap kiblat, iaitu Kaabah itu sendiri.
Inilah antara sebab kenapa Solat itu tiang agama. Sebab itulah siapa yang tidak solat, dia sendiri yang meruntuhkan agamanya.
p/s: Kadang-kadang awak2 marah pada siapa-siapa yang menghina agama Islam dan sebagainya tapi rupanya awak2 yang tidak solat tu, awak2 sendiri yang menghina agama awak2. 

Dah namanya ibadah wajib, solat ini kalau x buat TIADA NILAI kita di sisi ALLAH. Justeru dirikan solat. Mudahan solat itu akan memberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

:)

Jun 2, 2013

Fiqh Sholat (Q & A) Part 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

{Fiqh Sholat (Q & A) - Mana Dahulu? Takbir atau Angkat Tangan}
---------------------------------------------------------------------------

Q: Dalam takbiratul ihram, bila masa nak angkat tangannya? Sebelum takbir? Selepas takbir? Ke serentak dengan takbir?

~al-Jawab:

- Ada 3 pendapat dalam hal ini.

1) Mengangkat tangan serentak dengan takbir.

---> Ini menurut Syafi'iyyah & Malikiyyah.

2) Mengangkat tangan sebelum takbir.

---> Ini menurut Hanafiyyah & 1 pendapat daripada Syafi'iyyah.

3) Bertakbir terlebih dahulu kemudian mengangkat tangan.

---> Pendapat sebahagian ulama' Hanafiyyah.

Kesimpulan: Ketiga-tiga cara boleh digunapakai kerana semuanya berdalilkan hadith-hadith shahih. Semuanya pernah dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ.

Wallahu Ta'ala A'lam





{Fiqh Sholat (Q & A) - Ukuran Tinggi Kedua Tangan Semasa Takbiratul Ihram}
------------------------------------------------------------------------------------------

Q: Apakah ukuran tinggi kedua tangan yang diangkat semasa bertakbiratul ihram?

~al-Jawab:

- Sifat mengangkat tangan Nabi ﷺ ketika takbiratul ihram itu hanya ada 2 bentuk:

1) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang / sejajar dengan 2 bahu.

2) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang/ sejajar dengan 2 telinga.

- Dan menurut Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala akan sifat mengangkat tangan yang masyhur di dalam Mazhab Syafi'i & mazhab mazhab majorti ulama' bahawa Baginda ﷺ mengangkat kedua tangannya sejajar bahu Baginda, di mana hujung-hujung jarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, kedua-dua ibu jari sejajar kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua telapak tangannya sejajar dengan bahu. [1]

----> Maka, penjelasan Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala ini merupakan penyatuan antara 2 riwayat yang menceritakan sifat takbiratul ihram Baginda ﷺ.

- Adapun ini khilaf tanawwu' iaitu kepelbagaian, bukan percanggahan. Maka, seseorang boleh memilih salah satu dari cara yang ada.

Wallahu Ta'ala A'lam

***

P/s - Ana hanyalah menyampaikan bukanya mengajar . Semoga bermanfaat :)

---

Referensi:

[1] = Kitab al-Minhaj 





Kredit : USIF



Doa Ibu dan Ayah untuk Anak Tersayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Doa ibu dan ayah untuk anak tersayang 

------------
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan


Wallahu a'lam 

May 31, 2013

Wanita dan Hijab

Perbualan di antara A'isyah dan Sarah ( Bukan nama sebenar ) ....

Sarah: Saya dah letih.

A'isyah: Letih sebab apa?

Sarah: Dengan semua orang yang bercakap tentang saya.

A'syah: Siapa?

Sarah:Macam perempuan tu....setiap kali saya dengannya dia suruh saya pakai tudung.

A'isyah:Oh.. itu kan perkara biasa.... tudung selalu menjadi topik utama.

Sarah:Memanglah. saya pun selalu mendengar tentangnya.

A'isyah: Lagipun kan elok kalau awak pakai tudung...

Sarah: Siapa kata?

A'isyah: Ia ada disebut dalam al-Quran kan?


Sarah: Apa yang kita pakai tu tak penting yang penting ialah memiliki hati yang ikhlas dan suci.

A'isyah: habis tu, kenapa awak habiskan masa berjam2 setiap pagi untuk bersolek? awak habiskan banyak wang untuk alat solek. Itu tak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak.

Sarah: Tapi saya tak suka pakai tudung.. ia merampas kebebasan saya!

A'isyah: habis tu losyen dan alat solek awak tu buat awak bebas? Beritahu saya apa makna kebebasan bagi awak?

Sarah: Kebebasan adalah melakukan apa saja yang kita suka....

A'isyah: Tidak..Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan apa kata orangl lain....

Sarah: Dengar sini. saya lihat ramai yang tak pakai tudung dan mereka itu baik.... dan ramai yang pakai tudung pun jahat...

A'isyah: Habis tu? Kalau yang baik dengan awak tu kaki botol adakah itu bermakna awak akan jadi kaki botol juga?

Sarah: Saya tak nak jadi fanatik! saya ok dan tak perlu pakai tudung.

A'syah: Maknanya awak fanatik kepada sekular dan ekstremis yang ingkar perintah Allah.

Sarah: Awak tak faham! Kalau saya pakai tudung siapa nak kahwin dengan saya?

A'isyah: Habis tu, orang yang pakai tudung tak pernah kahwin lah?

Sarah: Ok, jika saya kahwin dan suami saya tak suka saya pakai tudung dan dia tak mahu saya bertudung?

A'isyah: Lelaki yang tidak patuh perintah agama tidak patut dikahwini....

Sarah: Habis , siapa nak ambil saya bekerja?

A'isyah: Tentulah syarikat yang hormat kepada pekerja mereka seadanya....

Sarah: Kenapa awak nak berkira sangat hal agama yang hanya melibatkan secebis pakaian ni???

A'isyah: Kenapa awak perlecehkan wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstik mereka?

Sarah: Kamu tak jawab soalan saya....

A'isyah: Saya dah jawab.... tudung bukan sekadar pakaian, ia adalah perintah Allah. Ia ditentukan dan wajib dipatuhi untuk semua wanita.Tapi, baju pendek dan seluar ketat awak....

Sarah: Itu fesyen lah! Kenyataanya , tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita...

A'isyah: Bagaimana pula dengan wanita yang melawan suami mereka kerana ingin memakai tudung? Dan wanita serta rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung oleh lelaki?? Apa yang awak nak kata tentang itu??? Orang yang suruh awak pakai tudung itu bukan wanita kan???

Sarah: betul tapi....

A'isyah: tapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke? Betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi? sudah lah tu...

Sarah: jap.. saya belum habis cakap...

A'isyah: Awak nak cakap apa? Awak nak cakap lelaki kawal wanita dengan gunakan tudung?

Sarah: Ya!

A'isyah: secara spesifik bagaimana?

Sarah: dengan memberitahu kita macam mana dan apa yang perlu dipakai!

A'isyah: Tidakkan TV, Filem, majalah beritahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana nak cantik? Bukankah itu mengawal namanya? Pengaruh awak untuk pkai apa yang awak patut pakai??? Mereka bukan saja menguasai awak, tapi pasaran juga...

Sarah: Apa maksud awak?

A'isyah: Maksud saya, mereka yang mencipta majalah itu...mahu awak kelihatan kurus kering dan anoreksia.. macam wanita yang didepan majalah tu..

Sarah: Saya tak faham... apa pula kaitan tudung dengan produk?

A'isyah: Ianya ada kena mengena ... kamu tak perasan ke? Tudung adalah ancaman kepada konsumerisme.. wanita berhabis berbillion ringgit untuk kelihatan kurus kering dan hidup dalam standard fesyen... yang direka oleh manusia ! dan Islam muncul untuk memberitahu luaran itu tidak penting.. sebaliknya, utamakan dalam diri kita . Jangan pedulikan tentang apa yang manusia kata tentang penampilan kita..

Sarah: Sudahlah ! Saya tak mahu pakai tudung ! Ia tak sesuai langsung dalam kehidupan hari ini!

"Dan rugilah mereka yang mengotorkan jiwa mereka" Al-Quran 91:10


Seindah hiasan adalah wanita solehah ~ :)

Nota :

Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Bagaimana Memilih Pasangan Terbaik

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.


KENAL 
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Umar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Umar.
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Umar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah. Umar bertanya lagi,
“Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya?”

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Andai kata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.

Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. 

“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”

Istilah kufu banyak ditekankan dalam Surah AnNur: Ayat 26:

“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.”

Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. Begitu juga sebaliknya, masalah akan berlaku.

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….


Sunnah di Hari Jumaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Kita hanya menunggu. Menunggu dari Ramadhan ke Ramadhan, raya ke raya.Ada juga yang menunnggu lailatul qadar dan 10 malam terakhir Ramadhan. Semua sangat baik dan ada banyak keberkatan.Namun ada lagi satu musim yang Allah SWT letakkan segala kebaikan untuk setahun padanya.Semuanya ada dimusim ini. Ia adalah hari JUMAAT.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Hari Jumaat telah dikhaskan untuk kita. Allah SWT penuhkannya dengan kebaikan. Para ulamak mengatakan tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat lebih baik daripada hari-hari dalam Ramadhan.
5 Adab bersedia menyambut hari Jumaat.
1) Mandi. Sesetengah ulama mewajibkannya.
2) Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Pakaian yang berwarna putih adalah terbaik. Ia adalah sunnah kerana Nabi SAW sukakan warna putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan 'Atar dan haruman-haruman lain.
4) Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5) Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim.
*Jika lima adab ini diamalkan insyaALLAH, maka kita telah mengamalkan sunnah hari Jumaat.
Kemudian orang itu keluar ke masjid bersama 5 lagi adab.
1) Berjalan selagi mana mampu dan jika masjid berada berdekatan. Atau dia juga boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ia akan dihitung, InsyaAllah dan akan mendapat ganjaran unruk amalan itu.
2) Kedua adalah dengan keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar.
3) Menunaikan solat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib sudah menaiki mimbar dan mula menyampaikan khutbahnya kita masih disunatkan untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid.
4) Mendekati imam. Ramai orang yang masuk awal ke masjid hanya mengambil tempat belakang dan bersandar di dinding-dinding masjid. Sedangkan sunnah untuk kita mencari tempat yang paling hampir dengan imam.
5) Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.
Adab pada hari Jumaat dan malam sebelumnya.
1) Membaca surah Al-Kahfi
2) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wassalam
3) Banyakkan doa dan menunggu saat doa dimakbulkan (terutama sewaktu matahari mula terbenam)
Wallahu A'lam

Transkrip : Fattabiouni 

May 30, 2013

Sunnah dalam Berpakaian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


Sunnah dalam berpakaian:

1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang:jubah).

2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buk
u lali,tapi separuh betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan tidak melepasi pergelangan tangan.

3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.

4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang ada butang kat pergelangan tangan).

5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.

6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan shawl nabi selalunya berwarna(bukan putih).

7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)

8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1 jengkal lebar.

9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.

10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).

11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab merah warna kesukaan syaitan.

12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya jugak,hehehe) tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1 jengkal dan lebarnya 2 hasta.

13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK BAGI PECINTA NABI!)

14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak kan bau syurga.

15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi mengikuti sunnah baginda saw.

16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.

17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.

18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat ialah putih,hitam dan kuning cair.

19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan 'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar pula sunnah dalam keadaan duduk.

20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.

Kredit: Ustaz IB   :)  Semoga bermanfaat insyaALLAH

Assalamualaikum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), kami memujiNya, memohon pertolongan serta meminta ampunan kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejelekan diri & keburukan amal kami. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, nescaya tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya & barangsiapa yang disesatkan olehNya, nescaya tiada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.



أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Ana berasa bertuah kerna dipilih menjadi seorang muslim. Sungguh indah hidup berlandaskan agama. Hati yang gundah menjadi tenang dan jalan yang lorongnya bersilang kini sudah menjadi lurus terbentang. Sungguh benar barangsiapa diberi hidayah tiada sesiapa mampu menghalang hidayahNYA. Berat juga rasa hati ini melihat sahabat-sahabat yang lain masih lagi berada dalam kelalaian yang ana pernah lalui. Bukan mudah menasihati tetapi hendaklah mendampingi mereka dengan budi pekerti. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW menjadi impian ana dari dulu lagi. Walaupun ana ini kurang berakhlak, ana akan cuba memperbaiki diri di samping mendalami ilmu itu sendiri. 

Blog ini sekadar perkongsian dari hamba ALLAH yang hina ini. Semoga segala perkongsian mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat diri dan sahabat sekalian. Maafkan kesilapan dalam penggunaan bahasa kerana ana bukanlah mahir dalam Bahasa Melayu. Ana lebih selesa berbahasa Inggeris. Namun InsyaALLAH dengan izinya , blog ini mampu memberi manfaat buat pembaca. 

Salam hormat dari ana kepada sahabat-sahabat yang mulia. Semoga dirahmatiNYA sentiasa. 

:)