Jun 5, 2013

Israk Mikraj

Di bawah ialah perincian tentang peristiwa mukjizat yang dirawikan oleh authoriti Ibn-Al-Qayyim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Jasad Pesuruh ALLAH s.a.w dibawa dari Masjid Suci di Makkah ke sebuah masjid jauh di Baitulmuqaddis menaiki Al-Buraq dengan ditemani malaikat Jibril. Tiba di sana Jibril turun menambatkan haiwan itu lalu mohon memasuki masjid dan seterusnya membawa Nabi bersolat. Selepas itu Jibril membawa Baginda menaiki langit dengan menunggang haiwan yang sama.

Apabila tiba di langit pertama Jibril meminta malaikat yang mengawal pintu langit agar membukanya. Apabila pintu langit terbuka kelihatan Nabi Adam, moyang seluruh manusia. Nabi s.a.w memberi salam dan Adam pun mengalu ketibaanya serta melahirkan kepercayaan kepada Kerasulan Muhammad. Baginda pula menyaksikan roh para syuhada di sebelah kanan dan mereka yang sengsara di sebelah kirinya.

Jibril dan Nabi naik selapis lagi langit kedua, dan apabila pintu besar terbuka kelihatan Nabi Yahya putera Zakaria, terus Baginda memberi salam. Isa anak Maryam juga berada di langit yang sama. Mereka berbalas-balas salam dan mengalu kedatanganya dan percaya kepada Kerasulan Baginda.

Ketika di langit ketiga mereka bertemu Nabi Yusuf lalu berbalas-balas salam serta mengalu-alu dan beriman kepada Kenabian Baginda.

Di langit keempat masih bersama Jibril, bertemu Baginda dengan Nabi Yunus, juga menyatakan imanya kepada Kenabian Baginda.

Lapisan langit kelima mereka dialu-alu oleh Nabi Harun yang juga menyatakan keimanan kepada Kenabian Muhammad.

Pada langit keenam, Baginda disambut Musa dan seperti Nabi-Nabi lain dia juga beriman kepada Baginda. Ketika  hendak meninggalkan tempat itu, Nabi Muhammad s.a.w ternampak Musa menangis. Bila ditanya mengapa menangis, Musa memberitahunya sebab menangis kerana lelaki yang diturunkan selepasnya sebagai Pesuruh Allah dapat membimbing begitu ramai pengikut untuk masuk ke Syurga berbanding denganya.

Di langit ketujuh Baginda berjumpa pula Nabi Ibrahim dan mereka berbalas-balas salam serta menyatakan imanya terhadap Kerasulan Baginda.

Dari situ Baginda dibawa ke Sidrat-al-Muntaha (pokok syurga) dan ditunjukkan Al-Bait-al-Ma'mur, rumah berbentuk Kaabah yang ramai penghuninya terdiri daripada para malaikat setiap hari seramai 70 000 dan kesemua malaikat khusyuk beribadat dan tidak berpaling ke mana-mana sehinga Hari Kiamat.

Baginda dibawa ke hadapan Allah s.w.t dan mengalamai kebesaran dan segala manifestasi ketuhanan secara dekat. Ketika di sini Allah menurunkan perintah kepada hambaNYA untuk melakukan ibadat solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Ketika dalam perjalanan pulang ke bumi, Baginda bertemu sekali lagi Nabi Musa dan memberitahunya akan perintah solat sebanyak 50 kali sehari semalam oleh Allah s.w.t. Lantas Musa berkata kepada Nabi s.a.w "Kembalilah tuan hamba mengadap Tuhan dan mohon untuk dikurangkan bilangan solat itu kerana aku yakin umatmu tidak berdaya melakukanya."  Nabi s.a.w berpaling kepada Jibril untuk mendapat pandanganya, lalu Jibril mengganggukkan kepalanya: "Ya, kalau anda perlukan", dan naiklah mereka menemui yang Maha Kuasa.

Dengan ihsan Allah, bilangan solat dikurangkan sepuluh dan ketika turun semula Baginda memaklumkan kepada Musa sekali lagi. Musa masih menegaskan bahawa bilangan itu masih berat untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.  Nabi s.a.w. naik semula menghadap Allah mohon dikurangkan; demikianlah berkali-kali turun naik untuk memohon dikurangkan solat sehari semalam sehingga tinggal 5 kali sehari seperti sekarang.

Tetapi Musa masih menggesa agar Nabi memohon kepada Allah untuk dikurangkan , lalu Baginda berkata
Aku terasa malu untuk memohon berkali-kali dikurangkan solat itu, aku terimalah dan patuh kepada kehendak Allah."

Ketika pulang Nabi Muhammad s.a.w terdengar satu panggilan berbunyi : "Aku telah menyempurnakan SuruhanKu dan mengurangkan beban ke atas hambaKu."

Ada perbezaan pendapat mengenai isu sama ada Baginda melihat Allah dengan mata kepalanya atau bagaimana. Setengah ahli pentafsir mengatakan bahawa melihat Allah dengan mata kasar tidak dapat disahkan. Wallahu a'lam. Semoga kita tetap beriman dengan peristiwa ini.

Beberapa keistimewaan menunjukkan peristiwa Perjalanan Malam Nabi adalah seperti berikut:

1) Dada Nabi dibedah Jibril, hatinya dikeluar dan dibasuh dengan Zamzam, mata air suci Makkah.

2) Dalam konteks yang sama, dua buah tempayan emas dibawa kepadanya- satu berisi susu dan sebuah lagi penuh dengan arak anggur. Baginda diminta memilih salah satu , dan Baginda memilih tempayan berisi susu dan terus diminum.

Kata Jibril "Tuan hamba dipandu oleh Al-Fitrah atau anda telah mencapai Al-Fitrah. Kiranya tuan hamba memilih arak anggur bermakna umatmu mendapat panduan yang salah."

3) Nabi menceritakan bahawa Baginda ternampak penjelmaan 2 batang sungai - Nil dan Euphrates - dan 2 batang sungai lagi terlindung penjelmaan 2 batang sungai Nil dan Euphrates melambangkan lembah subur di mana Mesej Muhammad akan menetap dan penduduknya akan sentiasa berpegang kuat kepada Islam, diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

4) Baginda juga sempat melihat Malik, pengawal neraka dengan wajah garang. di situ dia nampak penghuni neraka terdiri daripada mereka yang makan harta anak yatim, menelan batu bara api dan keluar semula dari belakang. Juga terdapat orang yang mengamalkan riba di mana perut mereka membusung terlalu besar dan sukar untuk bergerak, berpijak-pijakan sama seperti rakyat Firaun yang disumbatkan ke dalam neraka. Di sudut yang sama, Baginda melihat melihat para penzina memakan daging busuk, juga perempuan yang curang bergantungan pada buah dada mereka.

5)  "Perjalanan Malam" menimbulkan gempar dalam kalangan orang ramai dan sangsi, justeru melemparkan berbagai soalan kepada Baginda. Baginda memaklumkan bahawa dia nampak kafilah unta saudagar Makkah berulang alik. Baginda juga memandu setengah unta yang sesat kepada tuannya. Juga, memberitahu bahawa dia meminum bekalan air ketika mereka sedang nyenyak tidur dan menutup semula mangkuk air itu.

Orang kafir tidak percaya malah mengambil peluang mengejek-ngejekanya dan akidah mereka. Mereka menghujani pertanyaan kepada Nabi berkenaan gambaran Masjid Baitulmuqaddis padahal mereka sendiri tidak pernah melihat. Tetapi jawapan Baginda mengkagumkan mereka kerana apa yang digambarkanya tepat sekali. Baginda memberi maklumat mengenai perjalanan kafilah dan laluan diikuti unta. Tetapi semua ini menambahkan dusta mereka dan menolak kebenaran dan kekal mereka dengan sikap demikian.

Orang-orang kafir cuba melakukan sesuatu dengan bertemu Abu Bakar tentang peristiwa ini dan dia sedia menjawab: "Ya, aku sesungguhnya mengesahkanya" . Dengan peristiwa ini dia mendapat gelaran As-Siddiq (pengesah kebenaran).

Wallahu a'lam

sumber : Cahaya Abadi




Jun 4, 2013

Kenapa Solat itu tiang agama?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Kenapa Solat itu tiang agama?
Rukun Islam ada 5 iaitu:
✓ Mengucap dua kalimah syahadah
✓ Menunaikan solat fardu lima waktu
✓ Berpuasa pada bulan Ramadan
✓ Membayar zakat
✓ Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Huraian:
Solat dipilih menjadi tiang agama kerana
1) Di dalam solat terdapat syahadah yakni rukun Islam yang pertama. Tanpa syahadah, solat tidak sah.
2) Dalam solat itu terdapat rukun Islam yang ke-2 iaitu solat itu sendiri.
3) Di dalam solat itu terdapat rukun Islam yang ke-3 iaitu zakat. Zakat itu maknanya suci. Bermaknya sebelum solat kita kena sucikan diri kita daripada hadas kecil, hadas besar. Kemudian kita berwudhu'. Dalam pada masa yang sama kita kena sucikan hati kita dari sebarang kejahatan, sifat mazmumah,sangka buruk, was2 dari syaitan dan sebagainya. Itu maksudnya zakat. Dalam solat, kita kena sucikan zahir batin kita.
4) Di dalam solat terdapat rukun Islam yang ke-4 iaitu puasa. Puasa itu menahan diri. Dalam solat tidak boleh makan, tidak boleh minum. Dalam solat kita kena jaga mata kita, begitu juga dengan perbuatan kita dalam solat, kita menahan diri dari melakukan yang macam2.
5) Rukun Islam yang ke-5 iaitu Haji. Salah satu perbuatan haji ialah tawaf di Kaabah. Dalam solat kita juga menghadap kiblat, iaitu Kaabah itu sendiri.
Inilah antara sebab kenapa Solat itu tiang agama. Sebab itulah siapa yang tidak solat, dia sendiri yang meruntuhkan agamanya.
p/s: Kadang-kadang awak2 marah pada siapa-siapa yang menghina agama Islam dan sebagainya tapi rupanya awak2 yang tidak solat tu, awak2 sendiri yang menghina agama awak2. 

Dah namanya ibadah wajib, solat ini kalau x buat TIADA NILAI kita di sisi ALLAH. Justeru dirikan solat. Mudahan solat itu akan memberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

:)

Jun 2, 2013

Fiqh Sholat (Q & A) Part 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

{Fiqh Sholat (Q & A) - Mana Dahulu? Takbir atau Angkat Tangan}
---------------------------------------------------------------------------

Q: Dalam takbiratul ihram, bila masa nak angkat tangannya? Sebelum takbir? Selepas takbir? Ke serentak dengan takbir?

~al-Jawab:

- Ada 3 pendapat dalam hal ini.

1) Mengangkat tangan serentak dengan takbir.

---> Ini menurut Syafi'iyyah & Malikiyyah.

2) Mengangkat tangan sebelum takbir.

---> Ini menurut Hanafiyyah & 1 pendapat daripada Syafi'iyyah.

3) Bertakbir terlebih dahulu kemudian mengangkat tangan.

---> Pendapat sebahagian ulama' Hanafiyyah.

Kesimpulan: Ketiga-tiga cara boleh digunapakai kerana semuanya berdalilkan hadith-hadith shahih. Semuanya pernah dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ.

Wallahu Ta'ala A'lam





{Fiqh Sholat (Q & A) - Ukuran Tinggi Kedua Tangan Semasa Takbiratul Ihram}
------------------------------------------------------------------------------------------

Q: Apakah ukuran tinggi kedua tangan yang diangkat semasa bertakbiratul ihram?

~al-Jawab:

- Sifat mengangkat tangan Nabi ﷺ ketika takbiratul ihram itu hanya ada 2 bentuk:

1) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang / sejajar dengan 2 bahu.

2) Kedua-dua tangan diangkat sehingga setentang/ sejajar dengan 2 telinga.

- Dan menurut Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala akan sifat mengangkat tangan yang masyhur di dalam Mazhab Syafi'i & mazhab mazhab majorti ulama' bahawa Baginda ﷺ mengangkat kedua tangannya sejajar bahu Baginda, di mana hujung-hujung jarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, kedua-dua ibu jari sejajar kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua telapak tangannya sejajar dengan bahu. [1]

----> Maka, penjelasan Imam al-Nawawi Rahimahullahu Ta'ala ini merupakan penyatuan antara 2 riwayat yang menceritakan sifat takbiratul ihram Baginda ﷺ.

- Adapun ini khilaf tanawwu' iaitu kepelbagaian, bukan percanggahan. Maka, seseorang boleh memilih salah satu dari cara yang ada.

Wallahu Ta'ala A'lam

***

P/s - Ana hanyalah menyampaikan bukanya mengajar . Semoga bermanfaat :)

---

Referensi:

[1] = Kitab al-Minhaj 





Kredit : USIF



Doa Ibu dan Ayah untuk Anak Tersayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Doa ibu dan ayah untuk anak tersayang 

------------
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan


Wallahu a'lam