May 31, 2013

Sunnah di Hari Jumaat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Kita hanya menunggu. Menunggu dari Ramadhan ke Ramadhan, raya ke raya.Ada juga yang menunnggu lailatul qadar dan 10 malam terakhir Ramadhan. Semua sangat baik dan ada banyak keberkatan.Namun ada lagi satu musim yang Allah SWT letakkan segala kebaikan untuk setahun padanya.Semuanya ada dimusim ini. Ia adalah hari JUMAAT.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Hari Jumaat telah dikhaskan untuk kita. Allah SWT penuhkannya dengan kebaikan. Para ulamak mengatakan tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat lebih baik daripada hari-hari dalam Ramadhan.
5 Adab bersedia menyambut hari Jumaat.
1) Mandi. Sesetengah ulama mewajibkannya.
2) Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Pakaian yang berwarna putih adalah terbaik. Ia adalah sunnah kerana Nabi SAW sukakan warna putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan 'Atar dan haruman-haruman lain.
4) Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5) Melumurkan badan dengan minyak, losen atau krim.
*Jika lima adab ini diamalkan insyaALLAH, maka kita telah mengamalkan sunnah hari Jumaat.
Kemudian orang itu keluar ke masjid bersama 5 lagi adab.
1) Berjalan selagi mana mampu dan jika masjid berada berdekatan. Atau dia juga boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ia akan dihitung, InsyaAllah dan akan mendapat ganjaran unruk amalan itu.
2) Kedua adalah dengan keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar.
3) Menunaikan solat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib sudah menaiki mimbar dan mula menyampaikan khutbahnya kita masih disunatkan untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid.
4) Mendekati imam. Ramai orang yang masuk awal ke masjid hanya mengambil tempat belakang dan bersandar di dinding-dinding masjid. Sedangkan sunnah untuk kita mencari tempat yang paling hampir dengan imam.
5) Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.
Adab pada hari Jumaat dan malam sebelumnya.
1) Membaca surah Al-Kahfi
2) Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wassalam
3) Banyakkan doa dan menunggu saat doa dimakbulkan (terutama sewaktu matahari mula terbenam)
Wallahu A'lam

Transkrip : Fattabiouni 

No comments:

Post a Comment